Thursday, May 17, 2012

Fenomena Kejatuhan Harga Emas

Assalamualaikum w.b.t,

Dah lama rasanya saya tidak menulis di sini sejak Disember tahun lepas. Alhamdulillah berkesempatan kali ni nak kongsi dengan pembaca semua.

Seperti tajuk di atas, harga emas telah jatuh mendadak sejak dari September tahun lepas setelah mencecah harga tertinggi. Saya pernah spot harga emas 916 pada RM200 se gram. Memang sangat tinggi. Mungkin ada yang frust membeli pada harga tersebut tapi bagi saya itu adalah asam garam perniagaan emas. Namun yang pasti beli emas bukannya seperti membeli barangan runcit yang ada tarikh luput. Emas akan sentiasa mempunyai nilai selagi mana ia diniagakan. Membeli emas ini adalah untuk jangka masa panjang, malah amatlah malang kalau ada yang membeli emas untuk jangka pendek sebab selalunya mereka akan mengalami kerugian.

Ok la, kita balik ke topik asal kejatuhan harga emas. Mungkin ramai yang ingin tahu termasuk saya tentang kenapa harga emas boleh tiba-tiba jatuh mendadak. Daripada survey di blog-blog dan juga di laman-laman berita alam maya, saya boleh buat kesimpulan kejatuhan harga emas antaranya seperti berikut:

1) Pengukuhan nilai matawang dolar US melalui dasar-dasarnya;
2) Penjualan oleh dana lindung nilai untuk mendapatkan tunai bagi menampung kerugian di pasaran lain;
3) Bank-bank pusat di seluruh dunia telah menyimpan emas;
4) Dan banyak lagi andaian-andaian yang lain yang mempengaruhi harga pasaran emas.

source: http://www.hargaemas.com.my/terkini/sasaran-harga-emas-semasa-30-mac-melepasi-usd1708/
www.adamroslan.com/2011/09/kenapa-harga-emas-september-jatuh-mendadak/

Itu adalah antara sedikit kesimpulan yang boleh saya buat. (kalau nak tahu banyak lagi boleh cari sendiri ye..hehe). Kejatuhan harga emas telah menjadi fenomena dikalangan penggemar emas memandangkan harga emas terus jatuh sejak dari September tahun lepas. Walaupun ada beberapa ketika harga emas menunjukkan peningkatan, tetapi jika dilihat secara graf linear, harga emas terus jatuh sehingga saat ini. Boleh lihat gambarajah di bawah yang diambil dari laman Pelabur Jutawan:


Saya dapat rasakan ada kegusaran di kalangan penyimpan emas dengan fenomena ini kerana risaukan mengalami kerugian. Seperti saya sebutkan di atas tadi, membeli emas bukannya seperti membeli nasi lemak atau goreng pisang yang ada tarikh luput. Ia adalah untuk jangka panjang. Oleh itu, tindakan yang wajar dilakukan ialah, ketika harga emas berada di tahap harga yang rendah, simpanlah ia baik-baik. Bila harga dah meningkat naik, boleh la dijual sekiranya dah ada untung (jgn riso2 k..).

Berlainan pula halnya dengan orang yang nak beli emas. Mereka mungkin sedang bersuka ria melihat graf emas yang menurun. Masing-masing mungkin sedang menunggu masa terbaik membeli iaitu pada harga yang paling rendah. Memang benar, sekarang adalah masa terbaik membeli kerana harganya berada pada tahap yang rendah. Berdasarkan kepada rekod saya, emas 916 pada 26/4/2012 pernah mencatatkan harga RM172 se gram. Malah pada hari semalam, harganya menurun kepada RM158 se gram. Perghhh!!! memang rendah sangat dah tu. Persoalannya, ada sesiapa yang tahu bila harga emas akan berada pada tahap paling rendah sebelum ia meningkat naik? Agak susah juga nak jawab tu.

Oleh itu, antara tindakan terbaik yang boleh dilakukan bagi mengelakkan kita terlepas membeli pada harga rendah ialah dengan cara membeli secara beransur-ansur. Untuk lebih memahami, cuba kita perhatikan dua situasi tersebut:

Situasi 1:

Lelaki A ada RM10,000 untuk membeli emas. Bila harga emas turun, dia beli emas RM1,000. Bila harga emas turun lagi, dia beli lagi RM1,000. Tapi bila harga emas naik sikit, dia tidak beli malah dia akan tunggu harga emas jatuh lebih rendah dari sebelum ini baru dia akan beli RM1,000 lagi. Begitulah yang dilakukannya sehinggalah cukup RM10,000.

p/s: Lelaki A telah dapat membeli emas setiap kali harga emas jatuh.

Situasi 2:

Lelaki B ada RM10,000 untuk membeli emas. Bila harga emas turun, dia terus beli emas RM10,000. Bila harga emas turun lagi, dia sudah tiada wang untuk membeli lagi. Lalu lelaki B pun tensen, frust, kecewa dan sebagainya. Lelaki B pun berkata "menyesal aku beli emas RM10,000. Kalau aku tahu harga tu boleh jatuh lagi aku tak guna duit tu sampai habis..eee tensen nye..aarrrrgggghhhhhhh...(hehehe, nasi dh jadi bubur boh..)

p/s: Lelaki B dapat membeli emas pada harga rendah hanya sekali sahaja.

Pengajaran: dapatkan nasihat pakar-pakar sebelum membeli emas. Den amateur je..hehe..

Alhamdulillah, semoga perkongsian kali ni dapat memberi manfaat kepada semua pembaca. Untuk akhirnya, kepada sesiapa yang nak beli emas, boleh la hubungi saya di talian 019-4606961. Kalau nak survey harga emas boleh lah layari http://www.publicgold.com.my/.

Wallahu'alam.

Ibnu Hassan

1 comment: