Thursday, October 27, 2011

Harga Emas Dijangka Naik Lagi

Assalamualaikum w.b.t.

Kita dapat melihat selepas Hari Raya puasa baru-baru ini, harga emas telah jatuh menjunam sehingga mengenai garisan Support Price. Berdasarkan pemerhatian saya, harga emas pada hari selasa yang lepas adalah pada RM130.00 se gram.

Beruntunglah kepada sesiapa yang telah membeli pada paras harga tersebut kerana pada hari ini harga emas telah melonjak naik dengan sangat tinggi sehingga mencecah RM184.00 se gram. Meningkat sebanyak RM54.00 hanya dalam tempoh 2 hari. Ada yang mengatakan itu disebabkan Hari Deepavali.

Tidak kira apa jua faktor, kepada sesiapa yang berminat dengan emas, anda sepatutnya cepat bertindak ketika harga emas sedang rendah. Ramai yang meramalkan harga emas akan meningkat naik lagi. Jadi, fikirkanlah sebelum anda menggigit jari sendiri nanti.

Selamat melabur.

No comments:

Post a Comment