Sunday, August 14, 2011

Tip-Tip Sebelum Anda Membeli Barang Kemas.



Assalamualaikum,

Terlalu cepat masa berlalu akhirnya kita telah sampai Ramadhan yang ke-15 hari ini. Mungkin ramai yang tidak menyedari Ramadhan sedang meninggalkan kita hari demi hari. Bersamalah kita merebut manfaat dari bulan Ramadhan yang masih berbaki ini. InsyaAllah.

Untuk posting kali ini, suka untuk saya kongsikan tip-tip sewaktu anda ingin membeli barang perhiasan emas.

Barang kemas biasanya mempunyai nilai yang berbeza bergantung kepada kandungan emas(purity). Kandungan emas disukat mengikut sukatan 'karat'. Makin tinggi nilai karat, semakin tinggilah nilai emas tersebut. Berikut adalah urutan karat emas yang mungkin terdapat dalam pasaran.

24-karat = 999 / 99.9%
22-karat = 916 / 91.6%
21-karat = 875 / 87.5%
20-karat = 833 / 83.3%
18-karat = 750 / 75.0%
15-karat = 625 / 62.5%
14-karat = 585 / 58.5%
10-karat = 417 / 41.7%
9-karat = 375 / 37.5%
8-karat = 333 / 33.3%
1-karat = 042 / 4.2%

Kebiasaan barang kemas, jika diperhati betul-betul, anda akan dapat lihat ukiran kecil yang menunjukkan kandungan emas seperti 916, 750 dan sebagainya. Pastikan anda tahu kandungan emas barang yang anda beli sebelum meninggalkan kedai. Tetapi itu bukan jaminan kandungan emas tersebut adalah sama dengan yang diukirkan. Kadang-kadang ada juga yang menipu. Anda mungkin akan sedar anda telah ditipu apabila anda menjual semula emas tersebut di kedai yang lain.

Oleh itu pesanan saya, pastikan anda beli dan jual barang kemas anda dikedai yang sama untuk mengelakkan dari ditipu serta pastikan anda menyimpan sijil/resit jual beli emas anda untuk kegunaan di masa yang diperlukan.

Setakat itu dahulu untuk kali ini.

Ramadhan Kareem.

No comments:

Post a Comment